Anda Tak Pernah Atau Tak Tahu Cara Untuk Infaq Dengan Mudah Atau Anda Mahu Terus Berinfaq Memberi Manfaat Untuk Orang Lain?
INILAH PELUANG TERBAIK anda!
Biar Kami bantu anda untuk menyalurkan sedikit dari harta anda ke jalan yang InsyaAllah akan menggandakan pahala dan rezeki anda tanpa anda perlu risau dan susah hati jika infaq anda tidak sampai
Tuan-tuan dan puan-puan pernah alami situasi bergini?
.jpg)
#1 Tak pasti nak infaq di mana
#2 Nak berinfaq tapi tak yakin duit akan ke mana
#3 Tak pernah dan tak tahu boleh berinfaq untuk ibubapa yang sudah tiada
.jpg)
Pernah cuba untuk berinfaq tapi...
#1 Nak berinfaq di masjid tetapi tiada masa dan sering terlupa
#2 Nak berinfaq tetapi tak kenal dengan orang yang menguruskan infaq
#3 Takut duit infaq di salah guna dan tak sampai ke tangan masjid
Izinkan kami memperkenalkan
PROGRAM INFAQ PENAMBAHBAIKAN MASJID KHALIFAH UMAR

PENAMBAHBAIKAN MASJID KHALIFAH UMAR
Masjid Khalifah Umar Abd Aziz yang bertempat di Taman Desa Bakti ( Teluk Intan, Perak )dekat sini memerlukan dana RM1 juta untuk kerja-kerja penambaikan fasiliti.
Fasiliti lama masjid semakin rosak dan tidak selamat digunakan oleh jemaah yang datang ke situ untuk menunaikan solat.
Dataran masjid yang tidak pernah diturap dengan tar kini semakin terhakis dan tenggelam. Keadaan bertambah teruk apabila berlakunya hari hujan.
"Tugas menguruskan jenazah dalam Islam adalah fardhu kifayah, maksudnya jika ada yang menguruskannya orang lain akan terlepas daripada dosa"

Begitupun pada zaman moden dan serba canggih ini banyak masjid mula menyediakan pusat pengurusan jenazah untuk memudahkan penduduk setempat apabila berlakunya kematian.
Pengurusan yang berpusat di masjid dapat melancarkan urusan dan mempercepatkan pengkebumian jenazah.
Bagaimanapun, tidak nafikan juga hari ini kos pengurusan jenazah juga semakin meningkat malah tidak semua mampu untuk menanggungnya.
Ada kes waris terpaksa membuat pinjam kepada orang lain apabila tidak mampu membayar kos pengurusan ini. Sudahlah waris sedang bersedih kerana baharu sahaja kehilangan ahli keluarga, sekarang terpaksa tebal muka membuat pinjaman untuk pengurusan jenazah.
Justeru itu, di setiap masjid seharusnya mempunyai kemudahan pengurusan jenazah terutama untuk membantu golongan tidak berkemampuan dengan tidak mengenakan apa-apa bayaran.
Pihak masjid boleh menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk membantu golongan susah ini meringankan beban mereka.
Malah sesiapa yang memberi sumbangan dalam pembangunan pusat pengurusan jenazah di Masjid Khalifah Umar ini juga mendapat manfaat jariah berterusan.
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam
sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi serratus biji dan Allah
akan mengandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah
kurniaNya lagi Maha Mengetahui” - (Surah Al-Baqarah ayat 261)
