PENDUDUK TELUK INTAN PERLU PUSAT PENGURUSAN JENAZAH
"Tugas menguruskan jenazah dalam Islam adalah fardhu kifayah, maksudnya jika ada yang menguruskannya orang lain akan terlepas daripada dosa"

Begitupun pada zaman moden dan serba canggih ini banyak masjid mula menyediakan pusat pengurusan jenazah untuk memudahkan penduduk setempat apabila berlakunya kematian.
Pengurusan yang berpusat di masjid dapat melancarkan urusan dan mempercepatkan pengkebumian jenazah.
Bagaimanapun, tidak nafikan juga hari ini kos pengurusan jenazah juga semakin meningkat malah tidak semua mampu untuk menanggungnya.
Ada kes waris terpaksa membuat pinjam kepada orang lain apabila tidak mampu membayar kos pengurusan ini. Sudahlah waris sedang bersedih kerana baharu sahaja kehilangan ahli keluarga, sekarang terpaksa tebal muka membuat pinjaman untuk pengurusan jenazah.
Justeru itu, di setiap masjid seharusnya mempunyai kemudahan pengurusan jenazah terutama untuk membantu golongan tidak berkemampuan dengan tidak mengenakan apa-apa bayaran.
Pihak masjid boleh menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk membantu golongan susah ini meringankan beban mereka.
Malah sesiapa yang memberi sumbangan dalam pembangunan pusat pengurusan jenazah di Masjid Khalifah Umar ini juga mendapat manfaat jariah berterusan.
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam
sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi serratus biji dan Allah
akan mengandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah
kurniaNya lagi Maha Mengetahui” - (Surah Al-Baqarah ayat 261)
